Home » Citra Yadim » UDA rakan strategik terbaharu YADIM

UDA rakan strategik terbaharu YADIM

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menambah rakan kerjasama strategiknya apabila terbaharu, UDA Holdings Berhad menyatakan persetujuan membantu dalam  penyebaran dakwah.

Satu pertemuan telah diadakan antara kedua pihak ini pada 20 September lalu, yang antara lain membincangkan bentuk, kaedah, dana, logistik dan pelbagai lagi aspek kerjasama dakwah.

YADIM diwakili oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Y.Bhg Ustaz Zaidi Ramli, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan, Tuan Abi Said Al Khudri Hussin dan Ustaz Firdaus Mohd Rusli Pegawai Khas kepada Timbalan Yang Dipertua YADIM.

UDA pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Perkhidmatan Korporat); Tuan Hishamudin Mon, Pengerusi Badan Dakwah Islam UDA, Tuan Nazri Jamiran dan Pengerusi Badan Kebajikan Kakitangan UDA Holdings, Tuan Sanusi.

Hasil perbincangan, UDA bersetuju menawarkan bantuan antaranya dalam bentuk fasiliti dan  logistik untuk program perluasan dakwah YADIM pada masa akan dating.

YADIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada UDA atas persetujuan ini dan melahirkan rasa gembira atas kerjasama pelaksanaan program yang bakal terjalin.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *