BAHRAIN – Ucaptama oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) di sini, menarik perhatian ratusan ulama dari seluruh dunia yang hadir.
Beliau menyentuh tentang mengenai masa depan ummah, keperluan menghentikan isu perbezaan aliran dan manhaj termasuk peri pentingnya untuk fokus kepada perkara yang lebih penting dan mendesak seperti perkembangan dunia teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Peralihan Tenaga (Energy Transition).
Datuk Seri Anwar juga menyebut sejarah Islam La Convivencia di Andalus yang mewujudkan kehidupan bersama secara aman serta meraikan kepelbagaian dalam membina tamadun.
Turut dibangkitkan ialah isu kemanusiaan dan ummah, khususnya berkenaan Palestin.
Beliau diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama negara yang dijemput berucap dalam persidangan ini, di hadapan ratusan alim ulama dunia yang berhimpun di sini.
Walaupun bukan seorang yang bergelar ulama, namun para ulama bertaraf dunia memberikan penghormatan yang tinggi kepada beliau.

Sebelum itu, Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar, Dr. Ahmed Al Tayeb menyampaikan Ucapan selaku Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin.
Kredit : – Page Senator Dr. Zulkifli Hasan.
KOMEN