Kunjungan hormat dari Kemboja

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Yayasaan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menerima kunjungan hormat dari Sekolah Agama an-Nikmah, Kampung Chenang,  Kemboja pada 17 Oktober lepas. Delegasi berkenaan yang disertai oleh dua guru sekolah berkenaan iaitu Ustaz Nasir Yusof dan Ustaz Fauzi Yusof serta diiringi oleh Pengerusi Sukarelawan Al-Falah Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Latif Mohd Yunos, […]

Media asing cetus imej negatif

IPOH 18 Okt. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, media antarabangsa mencetuskan imej negatif dalam laporan mereka setiap hari terhadap remaja Islam sebagai pelaku kega­nasan, kerana jihad dan pengganas sehingga meningkatkan lagi Islamofobia di seluruh dunia. Titah baginda, malah imej-imej orang Islam yang menjadi mang­sa dengan melarikan diri apabila kedia­man mereka dibom dan […]

Myanmar wajar diheret ke ICC

PUTRAJAYA 18 Okt. – Pihak ber­kepentingan antarabangsa didesak menyiasat Kerajaan Myanmar dan seterusnya mengheret mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap ke­kejaman yang dilakukan kepada komuniti Islam Rohingya. Gesaan itu ditujukan oleh Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) susulan berita pembunuhan […]

Kritikan buka mata dunia terhadap Islam

IPOH 18 Okt. – Kritikan dan kecaman terhadap Islam oleh Barat mampu menjadi penyebab kepada masyarakat dunia untuk me­ngenali agama itu dengan lebih dekat. Canselor Online Islamic University, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips berkata, walaupun pelbagai cara digunakan untuk melemahkan Islam, tindakan itu bukan sahaja tidak berjaya malah mengeratkan lagi hubu­ngan antara negara-negara Islam. Malah […]

Perbaiki undang-undang halang fahaman liberal disebar menerusi alam siber

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 18 Okt. – Undang-undang mesti diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menghalang fahaman liberal, seperti aliran Sisters in Islam (SIS), daripada terus menyebar idea-idea mereka menggunakan alam siber. Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata, kelompok liberal dalam […]

Anggota Daesh Malaysia cuba pulang dipantau

KUALA LUMPUR 18 Okt.  – Pergerakan kira-kira 59 rakyat Malaysia yang menyertai militan Daesh di luar negara dipantau susulan kemungkinan mereka cuba pulang selepas serangan tentera bersekutu di kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq, semalam. Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak akan membenarkan anggota militan Daesh ini sewenang-wenangnya […]

Semarak Maal Hijrah Zon Selatan

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Bagi menyemarakkan lagi kedatangan tahun baru Hijrah 1438H, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Selatan telah menganjurkan beberapa program yang melibatkan golongan banduan serta penduduk setempat. Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (Yadim) Zon Selatan, Muhamad Ammar  Abdullah berkata, program pertama yang diadakan adalah Forum Hijrah : Hijrahku Kerana Allah […]

Menyuntik semangat generasi muda

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Generasi muda merupakan `pewaris harapan bangsa’, begitulah yang sering diungkapkan dan diharapkan daripada golongan berkenaan demi kesinambungan dan kelangsungan negara yang tercinta ini. Namun, masih ramai di kalangan generasi muda hari ini kurang sedar tanggungjawab yang harus mereka pikul itu dan lebih teruk lagi ada yang terlibat dengan masalah sosial. […]

Anak yatim teruja serta Penerbangan Prihatin YADIM-MASwings

KOTA KINABALU 17 Okt. – Seramai 40 anak yatim dari empat buah rumah kebajikan negeri ini teruja mengalami pengalaman pertama menaiki pesawat apabila mereka menyertai program  Penerbangan Prihatin YADIM-Maswings pada 15 dan 16 Oktober lalu. Program yang sudah masuk tahun kelima penganjurannya adalah hasil kerjasama erat terjalin di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan […]

Bicara Dakwah semarakkan Maal Hijrah

KUALA TERENGGANU 17 Okt. – Sempena kedatangan bulan Muharram dan sambutan Maal Hijrah 1438, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur telah melaksanakan program Bicara Dakwah di empat buah masjid di negeri ini. Eksekutif Yadim Zon Timue, Nasrul Hadi Saidin berkata, program berkenaan diadakan bagi menyemarakkan lagi kedatangan tahun baru Islam sekaligus memberi kesedaran kepada […]