Iraq lulus undang-undang haramkan arak

BAGHDAD, 23 Okt. – Parlimen Iraq hari ini meluluskan undang-undang mengharamkan penjualan, import dan penghasilan alkohol yang disifatkan sebagai bercanggah dengan Islam. Undang-undang itu diluluskan Ahli Parlimen di Baghdad dengan memaklumkan bahawa ia berita gembira buat umat Islam negara itu. Salah seorang Ahli Parlimen yang mengundi untuk menyokong pengharaman itu, Ammar Toma berhujah, Perlembagaan sebenarnya […]
Program tahfiz KPM diperakui KDN

SEREMBAN, 23 Okt. – Al-Quran digunakan dalam program tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diperakukan dan disahkan bahagian penapisan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengarah Bahagian Pendidikan Agama KPM, Wan Ramdzan Wan Mamat berkata, perakuan itu diperoleh selepas kandungan al-Quran disahkan tiada kesilapan. Setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan mengenai […]
Janet Jackson tampil bertudung

LONDON 23 Okt. – Penyanyi terkenal, Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan dengan bilionair Qatar, Wissam Al Manna buat pertama kali muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung. Janet yang kelihatan ceria dilihat bersiar-siar sambil memegang tangan Wissam dengan pakaian serba hitam. Tiada lagi pakaian menjolok mata sebaliknya Janet kelihatan […]
Jakim tidak berhasrat untuk mengharamkan penggunaan ‘hot dog’

KUALA LUMPUR, 20 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berhasrat untuk mengisytiharkan mana-mana makanan yang berasaskan perkataan “dog” sebagai haram. Katanya, Jakim lebih mementingkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk, sebelum sijil halal boleh dikeluarkan. Mengulas mengenai satu “posting” di Facebook mengenai […]
Terengganu kaji sedia laluan khas untuk wanita di jabatan kerajaan

KUALA TERENGGANU, 21 Okt. – Kerajaan Terengganu akan mengkaji menyediakan laluan berasingan bagi lelaki dan wanita di jabatan kerajaan di negeri itu untuk memudahkan wanita berurusan. Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata langkah itu adalah satu daripada pembaharuan kerajaan negeri dalam usaha merealisasikan agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB). “Ini (laluan berasingan) sangat bagus untuk […]
Myanmar sekat bantuan makanan untuk 80,000 Rohingya: PBB

NAPYIDAW, 20 Okt. – Tentera Myanmar menyekat penghantaran bantuan makanan untuk lebih daripada 80,000 minoriti Rohingya di Rakhine, kata Program Makanan Dunia PBB (WFP). WFP dalam satu kenyataan berkata, kawasan minoriti di utara negeri itu telah ditutup susulan serangan ke atas pondok polis yang didakwa dilakukan oleh pejuang Rohingya. Kenyataan itu berkata, kebiasaannya WFP memberi […]
Kaedah kasi akan hapuskan jenayah seks

JAKARTA 20 Okt. – Indonesia memperkenalkan undang-undang baharu bagi menangani masalah jenayah seks. Presidennya Joko Widodo berkata, ini termasuklah membenarkan kaedah mengkasi terhadap pesalah pedofilia. “Perlembagaan kami menghormati hak asasi manusia tetapi apabila berhadapan dengan jenayah seksual, tiada tolak ansur lagi.”Kami akan melaksanakan hukuman maksimum bagi jenayah seksual,” katanya memetik laporan BBC. Mengulas lanjut, Joko […]
Jemaah Malaysia paling ramai sakit semasa umrah

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Jemaah Malaysia paling ramai memenuhi wad hospital di Arab Saudi terutama semasa mengerjakan umrah kerana tidak membuat persediaan secukupnya dari segi mental dan fizikal semasa mengerjakan ibadah tersebut. Ketua Pakar Kesihatan dan Penasihat Perubatan, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Hazlee Hadi berkata, ini kerana kalangan mereka memandang ringan mengenai isu […]
Bicara Sakinah “ Keluarga Mithali Impian Kita”

PORT DICKSON 20 Okt. – Program Bicara Sakinah 2016 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson serta Pusat Kaunseling MAINS telah diadakan di Masjid Kariah Kampung Paya Port Dickson pada 12 Oktober lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri […]
Berpolitik Tanpa Adab Jiwa kacau

oleh Mohd Shauki Majid MASYARAKAT Melayu yang diikat dengan nilai-nilai Islam sentiasa menjaga tutur kata, kerana mereka percaya dengan menggunakan bahasa yang baik akan membentuk masyarakat yang bermoral, beretika dan berakhlak mulia. Mereka yang berakhlak mulia juga dikenali sebagai orang yang berbudi pekerti. Maka, susunan perkataan yang baik-baik telah memberikan sifat bangsa Melayu. Melayu itu, […]