Kurma- Makanan sunnah

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit. Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser […]

6,000 hadir program Santai Ilmu

KOTA KINABALU 1 Nov. – Lebih 6,000 orang hadir dalam program Santai Ilmu bersama penceramah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias di dua lokasi iaitu di Putatan dan Tambunan pada 29 dan 30 November lalu. Pengarah Yadim Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program ini dijalankan secara kerjasama dengan pelbagai pihak dengan Yadim bertindak sebagai penyelaras dalam […]

Henti penyebaran hadis palsu

PUTRAJAYA 31 Okt. – Penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis atau Lajnah Tahqiq Hadis bertujuan menyediakan pandu arah bagi mengekang penyebaran hadis-hadis palsu dalam masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyebaran tersebut khususnya dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewe­ngan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara. Katanya, melalui […]

Jangkaan hayat penduduk Malaysia meningkat

PUTRAJAYA31 Okt.  – Jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia terus meningkat berbanding sedekad lalu iaitu mencecah 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 tahun pada 2000. Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya hari ini berkata pada 2016, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijangka boleh hidup selama 72.6 tahun, meningkat 0.7 tahun berbanding 71.9 tahun pada 2010. […]

Arab Saudi tahan 14 anggota Daesh

Sembilan masih diburu, cubaan lakukan serangan RIYADH 31 Okt. – Pihak berkuasa Arab Saudi menggempur dua sarang pengganas serta menahan 14 individu termasuk empat rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dalam serbuan di beberapa buah wilayah di negara ini. Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, kesemua suspek ditahan kerana […]

PAS masih optimis RUU355 dapat dibentang

KUALA LUMPUR, 31 Okt.  – PAS masih optimis dan menaruh harapan bahawa Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) yang dikemukakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan […]

Kalau berbuih, itu minyak kitar semula

KOTA BHARU 30 Okt. – Pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula dengan cara pemerapan minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam. Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, selepas dua jam, minyak itu akan berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan membahayakan […]

Misil angkara Iran?

Pakar ketenteraan dakwa keupayaan ketenteraan Houthi terhad RIYADH 30 Okt. Seorang pakar ketenteraan Mesir mendakwa, pelancaran pe­luru berpandu balistik ke Mekah pada Khamis tidak mungkin dilakukan pemberontak Syiah Houthi berdasarkan kemampuan terhad kumpulan berkenaan. Hisham al-Halabi dalam satu kenyataannya kepada portal Al Arabiya berkata, pihak yang bertanggungjawab melancarkan misil itu jelas mempunyai kepakaran teknologi yang […]

Pengajian Islam bukan pendorong sertai militan

ALOR GAJAH 29 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa bidang pengajian Islam bukanlah faktor pendorong kepada golongan muda terutamanya pelajar menyertai kegiatan militan Daesh. Katanya, kumpulan keganasan bertopengkan Islam itu sebaliknya disertai oleh sebahagian besar individu yang tidak mempunyai asas pendidikan Islam secara formal dan kukuh. Menurutnya, perkara […]

Tamak, rasuah dan anak yatim

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD LEBIH 1,400 tahun lalu Nabi Muhammad SAW telah memberikan satu peringatan tentang satu fitnah yang bakal menimpa umat baginda. Ternyata apa yang amat dikhuatiri oleh Rasulullah itu benar-benar berlaku hari ini. Fitnah yang dimaksudkan oleh baginda adalah berkaitan ujian kemewahan harta. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat fitnah (kesesatan dan […]