Tabung Haji tiada masalah kewangan

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Jumlah simpanan pendeposit bersih Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berakhir 31 Disember tahun lepas yang bernilai RM4.97 bilion boleh dibayar pada bila-bila masa, melihat kepada nilai aset boleh direalisasi oleh Tabung Haji pada waktu itu yang bernilai RM64.74 bilion. Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah berkata, fakta itu […]
BNM lantik anggota Majlis Penasihat Syariah sesi 2016-2019

KUALA LUMPUR, 2 Nov. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 Nov, 2016. Dalam satu kenyataan, BNM berkata menurut peruntukan Seksyen [53], Akta Bank Negara Malaysia 2009, pelantikan ahli MPS ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ahli […]
Bersih 5 agenda asing hancurkan negara

SHAH ALAM 3 Nov. – Tindakan penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan mereka ditaja oleh Open Society Institute, didakwa berkait dengan National Endowment of Democracy (NED) kerana mempunyai tujuan yang sama. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pembiayaan Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini oleh pihak asing mempunyai kaitan kuat dengan dana […]
Bersih, Baju Merah tak boleh adakan perhimpunan

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Penganjur perhimpunan Bersih 5 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan, dan berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan tidak mahu berlaku pertembungan antara kedua-dua kumpulan berkenaan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri […]
Mendekati masyarakat Orang Asli di Perak

HULU PERAK, 2 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah mengadakan program Ziarah Kasih ke empat buah perkampungan Orang Asli di daerah ini pada 21 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada usaha dakwah kepada masyarakat berkenaan. Eksekutif Yadim Zon Utara, Mohd Afifi Roslan berkata, empat kampung yang telah diziarahi termasuk Kampung Orang Asli […]
FMD anjur Ekspolarasi Mahabbah Kelantan

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Felo Muda Dakwah (FMD) Siri 2/ 2016, Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim) telah menganjur program Ekspolarasi Mahabbah Kelantan pada 23-26 Oktober 2016 di Jeli, Kelantan sebagai sebahagian daripada latihan mendedahkan mereka kepada program-program dakwah. Sepanjang di Jeli mereka telah mengadakan beberapa program melibatkan penduduk setempat seperti ziarah mahabah, gotong-royong perdana, Gegar […]
MAIWP menang dua tahun berturut-turut

PUTRAJAYA 1 Nov. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif untuk tahun kedua berturut-turut sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Jaffar berkata, kejayaan kali ini merupakan hasil daripada komitmen MAIWP dalam mengatasi masalah kemiskinan bandar di Kuala Lumpur. “Program ini merupakan […]
Zionis musnah kubur bersejarah umat Islam berusia 1,400 tahun

JERUSALEM, 2 Nov. – Rejim Zionis memusnahkan beberapa kubur di tanah perkuburan bersejarah di Bab Al-Rahmeh di timur Masjidil Aqsa, semalam, kata pegawai Palestin. Israel sebelum ini merampas sebahagian daripada tanah perkuburan yang terletak di Jerusalem Timur itu pada September tahun lalu, untuk dijadikan taman negara Yahudi. “Kakitangan daripada pihak berkuasa alam sekitar Israel disokong […]
Setiausaha Agung OIC letak jawatan

JEDDAH 1 Nov. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengesahkan bahawa Setiausaha Agung, Iyad Ameen Madani meletak jawatan berkuat kuasa hari ini. Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Iyad didakwa menimbulkan kemarahan Mesir apabila mencampuradukkan nama Pesiden negara itu, Abdel Fattah al-Sisi dengan nama Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi. Bagaimanapun, OIC dalam kenyataannya memberitahu, bekas menteri […]
Azan masjid tarik satu keluarga peluk Islam

LUMUT 1 Nov. – Tertarik setiap kali mendengar seruan azan dan penerangan tentang Islam menyebabkan tiga beranak di sini mengambil keputusan memeluk agama itu bersama-sama. Ling Zhong Yuan atau Muhamad Hafizal Muhamad Ali, 11, serta ibu bapanya akan mendengar dengan tekun azan yang berkumandang dari surau berhampiran rumah mereka walaupun tidak memahami maksud kalimah yang […]