Contohi usaha Johor pelbagaikan program wakaf

JOHOR BAHRU 7 Nov. – Johor perlu dilihat sebagai negeri contoh dan peneraju dalam jihad ekonomi yang perlu diteladani sekali gus dikembangkan berikutan kejayaan negeri ini melaksanakan pelbagai program wakaf. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kejayaan itu disumbang menerusi kreativiti mempelbagaikan program wakaf yang tidak hanya tertumpu kepada wakaf […]

Waspada entiti murtad

PUTRAJAYA 7 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menegaskan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan entiti-entiti berkaitannya tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Sehubungan itu, Ketua Penga­rah Jakim, Tan Sri Othman Mus­ta­pha­ menasihatkan­­ umat Islam a­gar berwaspada ter­­hadap isu-isu sensitif seperti mur­tad yang di­ba­wa oleh entiti-en­titi seperti IFC, Per­satuan Melayu Kris­tian […]

Kes Ahok hina Islam akan disiar di televisyen

JAKARTA, 7 Nov. — Kes melibatkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa menghina Islam akan disiarkan di televisyen untuk tontonan umum, kata Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian. Beliau berkata, perkara itu diarahkan Presiden Joko Widodo atas alasan supaya kes yang dijalankan berlangsung dengan telus . “Presiden berpendapat, pendedahan kes itu sepatutnya […]

10 pelajar perubatan di Mesir terima bantuan GPMS berjumlah RM378,400

KUALA LUMPUR, 7 Nov. – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan menyerahkan bantuan berjumlah RM378,400 kepada 10 pelajar perubatan di Mesir yang mempunyai tunggakan yuran pengajian. Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa berkata, bantuan kewangan itu akan diserahkan dalam bentuk draf bank yang akan dibayar terus kepada universiti masing-masing dalam tempoh 14 hari ini. Katanya, perkara […]

Seminar Jati Diri Muslimah

KOTA BHARU 7 Nov. –Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Cawangan Kelantan telah menganjurkan program Seminar Jati Diri Muslimah bertempat di Merang Suria Resort, Kuala Terengganu pada 27 hingga 29 Oktober lalu. Seramai  120 orang peserta hadir pada program berkenaan daripada pemimpin wanita dari pelbagai peringkat termasuk peringkat akar umbi. Pada program ini para peserta telah […]

Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia

Tajuk Buku: Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia Pengarang: Dr Alies Anor Abdul Pengulas: Mohd Shauki Abd Majid Terbitan: April 2016 Harga: RM 30.00 Imam al-Ghazali (450H-505H/1058-1111M) adalah cendekiawan Islam abad pertengahan yang mempunyai pengaruh besar dalam kebangkitan peradaban manusia sama ada dalam dunia Islam ataupun dunia keintelektualan Barat. Pemikirannya terkandung dalam lebih […]

Pengganas Daesh dikesan 
dalam pasukan tentera Jerman

BERLIN 6 Nov. – Jerman akan men­jalankan siasatan ter­hadap semua rekrut tentera bermula Julai tahun depan selepas Perkhidmatan Antipengintipan Tentera (MAD) mengenal pasti 20 anggota pengganas Daesh kini berkhidmat da­lam pasukan keselamatan negara ini. Kumpulan media Jerman, Fun­ke Mediengruppe semalam mela­porkan, jurucakap MAD juga se­dang menyiasat 60 lagi kes berkaitan. Draf perundangan berkaitan perkara itu […]

Majlis Peguam tidak kisah

KOTA BHARU 6 Nov. – “Kami tahu dana itu daripada Soros, semua orang tahu, ia pengetahuan umum, jumlah kami terima sedikit sahaja”. Itu pengakuan rasmi Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkenaan pembiayaan daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros. Beliau berkata, pihaknya tidak kisah menerima dana tersebut kerana Soros bukan […]

Facebook didakwa gagal sekat isu kaum

Langgar undang-undang berkaitan kebencian, hasutan MUNICH 6 Nov. – Pegawai pendakwa raya Jerman sedang menyiasat pe­ngasas Facebook, Mark Zuckerberg dan beberapa pegawai eksekutif firma itu berhubung dakwaan media sosial berkenaan gagal mengeluarkan status berunsur perkauman daripada laman web tersebut. Lapor Mail Online, ini ekoran tindakan pendakwa raya Chan-jo Jun memfailkan aduan­nya kepada mahkamah di Munich […]

Viral bakar al-Quran: Cara lupus tidak ikut prosedur

PUCHONG 6 Nov. – Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penyebaran gambar pembakaran al-Quran secara terbuka di tepi jalan Kompleks Puchong Perdana yang viral di media sosial sejak tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu  kira-kira jam 12.30 […]