TH peruntuk subsidi haji lebih tinggi tahun depan

KUALA LUMPUR, 9 Nov. – Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memperuntukkan jumlah subsidi yang lebih tinggi untuk musim haji tahun hadapan bagi mengurangkan kos haji yang dijangka semakin meningkat. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah berkata faktor-faktor pemboleh ubah seperti peningkatan dalam harga tambang penerbangan, penginapan jemaah haji dan juga perubahan […]

Piala Dunia 2022: Qatar larang minuman keras di jalan raya, tempat awam dan stadium

QATAR, 9 Nov. – Qatar memutuskan untuk melarang minuman beralkohol di jalan raya, tempat awam dan kemungkinan di stadium sepanjang penganjuran Piala Dunia 2022 di negara itu nanti. Ketua jawatankuasa penganjur, Hassan Al-Thawadi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu bertentangan dengan tradisi peminat bola sepak dan turut tidak menggembirakan mereka selepas kejohanan itu ditukarkan ke […]

Majoriti rakyat Switzerland tolak Islam

ZURICH, 8 Nov. – Satu kajian mendapati bahawa majoriti penduduk Switzerland membantah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Hampir 61 peratus daripada 15,617 responden menjawab ‘tidak’ atau ‘mungkin tidak’ berikutan soalan mengenai kelayakan agama Islam diberi status rasmi seperti agama Kristian dan Yahudi. Sementara itu, hanya 19 peratus mengatakan ‘ya’ dan 20 peratus mengatakan […]

Kursus Muamalah Milenia

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bagi meningkatkan lagi kefahaman golongan muda terhadap muamalah Islam, Bahagian Muamalah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menganjurkan dua Kursus Muamalah Milenia, msing-masing di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini. Pengurus Kanan Bahagian Muamalah Yadim, Zam Zaril Mad Ariffin berkata, Kursus Muamalah Milenia di UMT […]

TWRJ bawa manfaat buat umat Islam

JOHOR BAHRU 8 Nov. – Penubuhan Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) merupakan medium umat Islam menyumbang dan melakukan amal jariah berdasarkan kerangka Islam sekali gus memastikan objektifnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan kesihatan tercapai. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi memastikan objektif penubuhan tabung wakaf itu terlaksana dan sasarannya tercapai, Perbadanan Islam […]

Jadilah bangsa Melayu bermaruah – Sultan Nazrin

SHAH ALAM 8 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, orang Melayu wajib membuktikan mereka adalah bangsa yang bermaruah, menepati janji dan tidak berdusta ketika bertutur serta memiliki harga diri. Pada masa sama, titah baginda, orang Melayu juga perlu berazam untuk lebih bersedia memberi dan kurang meminta serta membantu bangsa sendiri. “Bantulah bangsa […]

Sunan Kalijaga

Sunan Kalijaga (salah seorang Wali Songo yang terkenal) adalah seorang ulama yang sangat bijak di dalam menganalisis masalah dakwah. Ketika beliau melihat masyarakat Jawa menyukai wayang kulit, beliau tidak melarang, atau membiarkan situasi itu begitu saja. Malah beliau menerima baik pendapat dan kepercayaan budaya setempat. Beliau percaya, usaha dakwah akan menjadi sia-sia, jika budaya dan […]

Menyelami erti wasatiyyah

oleh:Mohd Ridhuan Tee Abdullah MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in […]

Doa seorang anak

Oleh ABDUL RAZAK MAKSUD Tersebutlah sebuah kisah mengenai dua saudara yang telah kematian bapa. Adapun si abang cenderungnya kepada berniaga. Setiap hari dia berdoa agar Allah memberinya kekayaan dan kesenangan. Saban waktu dia berdoa agar kehidupannya berubah dengan ditambahi wang melimpah ruah dan kehidupan yang senang-lenang. Si abang mula berniaga. Dari sehari ke sehari perniagaannya […]

Program Dakwah Merentas Samudera

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Program Dakwah Merentas Samudera Yadim-TLDM akan diadakan pada 12 November ini di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, Johor, usahasama di antara Yadim dan TLDM. Program berkenaan akan menggabungkan tiga program iaitu Wacana Pemantapan Akidah Ahlussunnah Wal Jamaah, Program Celik Muamalah dan Bicara […]