Usah percaya viral ayam disembelih tidak ikut hukum syarak – Jakim

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Jakim dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya bersama pegawai pemantauan Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat pemeriksaan di pasar […]
Masyarakat Islam perlu faham isu RUU355

JOHOR BAHRU 10 Nov. – Dalam usaha memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai Rang Undang-undang Akta 355 (RUU355), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Selatan telah melaksanakan satu program pada 9 November bertempat di Dewan MPC, Bandar Baru Uda, di sini. Program berkenaan, Seminar Perpaduan dan Penerangan RUU 355 itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama […]
Sekular tidak kena tempat turut menyumbang

OXFORD, Britain 9 Nov. – Ekstremisme, radikalisme, dan keganasan bukan sahaja didorong oleh kesesatan orientasi agama, bahkan disebabkan sekular yang tidak kena pada tempatnya, kesukuan serta gabungan kepentingan manusia lain, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri, ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Pusat Kajian Islam Oxford (OCIS), Universiti Oxford, justeru menegaskan perlunya […]
Kubur besar 100 mayat ditemui di Mosul

BAGHDAD, 9 Nov. – Sebuah kubur besar mengandungi 100 mayat ditemui di kawasan selatan bandar Mosul, yang sebelum ini dikuasai militan Daesh, kata pegawai keselamatan Iraq. Malah, pihak berkuasa Iraq menjangkakan lebih banyak lagi tapak perkuburan rahsia dan besar akan ditemui dalam minggu-minggu akan datang, apabila mereka merampas semula wilayah diduduki Daesh. Brigadier Jeneral Ali […]
Era sebuah negara Palestin berakhir selepas kemenangan Trump, kata Israel

JERUSALEM, 10 Nov. – Dalam pada Presiden Mahmoud Abbas berikrar untuk bekerjasama dengan siapa saja yang menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), rejim Tel Aviv yang menyifatkan Donald Trump sebagai ‘sahabat sebenar Israel’, berpeluang untuk mengingkari konsep sebuah negara Palestin. Ini dinyatakan Menteri Pelajaran Israel, Naftali Bennett bahawa kemenangan Trump adalah peluang keemasan kepada Israel untuk […]
Khalid Samad gagal cabar Enakmen Pentadbiran Islam

PUTRAJAYA 9 Nov. – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad (gambar) gagal mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Islam (Selangor) 2003 yang didakwanya sebagai tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Vernon Ong Lam Kiat yang bersidang bersama Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham dan Datuk Abdul Rahman Sebli […]
Trump menang, umat Islam cemas

Hubungan AS dan dunia Islam dikhuatiri terjejas JAKARTA 9 Nov. – Kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru berakhir menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang muslim di seluruh dunia. Trump yang merupakan wakil Parti Republikan, pada bulan Disember lalu, membuat kenyataan paling kontroversi mengenai Islam apabila beliau mahu mengharamkan kemasukan orang […]
Beza pendapat dirai, bukan taksub

Oleh IBNU HATIM Umat Islam hari ini sebenarnya telah banyak kehilangan harga diri serta maruah disebabkan terlalu merumitkan perbezaan pendapat di sekitar hal yang mandub (bentuk keagamaan yang sifatnya hanya dianjurkan atau sunat) dan mubah (harus). Sesetengah kelompok atau aliran menganggap fahaman mereka sahajalah terbaik dan menjadi pewaris Islam yang sebenar. Hakikatnya dendam antara aliran-aliran […]
Perbezaan mazhab: Malaysia cadang UK lantik mufti

BANGI, 9 Nov. – Malaysia mencadangkan supaya United Kingdom melantik seorang mufti di peringkat nasional bagi membolehkan pengikut pelbagai mazhab mencari persamaan. Perkara itu disarankan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikutan minat negara itu mendalami konsep wasatiyyah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia. Katanya, isu itu adalah antara yang dibincangkan olehnya […]
Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan

SINGAPURA 8 Nov. – Presiden Singapura, Tony Tan Keny Yam hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, sekali gus memberi peluang kepada calon berketurunan Melayu untuk menerajui republik ini. “Saya mahu melihat Presiden daripada orang Melayu selepas 46 tahun,” kata beliau yang juga Presiden Ketujuh Singapura selepas mengangkat sumpah pada 1 September 2011. Mengukuhkan lagi […]