Home » Langit Terbuka » Turunkan harga rumah atau…

Turunkan harga rumah atau…

Menteri Kewangan berkata, di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum ini, sektor pembinaan dikenakan cukai enam peratus termasuk menyewa dan bil utiliti dalam sektor komersial dan industri, namun kini semuanya sudah dikecualikan daripada cukai

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menarik balik pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diberikan kepada sektor pembinaan jika pemaju tidak mengurangkan harga perumahan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata di bawah regim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini, sektor pembinaan dikenakan cukai enam peratus termasuk menyewa dan bil utiliti dalam sektor komersial dan industri, namun kini semuanya sudah dikecualikan daripada cukai.

“Justeru kita berharap pemaju dapat membalas semula pengecualian SST yang diberikan kerajaan ini dengan mengurangkan harga rumah.

“Jika tidak saya terpaksa untuk menimbang semula pengecualian yang diberikan kerana kita mahu melihat harga rumah turun.

“Saya juga tidak mahu penjimatan yang diraih daripada pengecualian SST ini diterjemahkan kepada penambahan pakej-pakej tertentu di dalam perumahan, sebaliknya saya lihat mahu harga dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tahunan Pemaju Hartanah: Siri CEO Institut Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah Malaysia (REHDA) 2018 di sini, hari ini.

Pada Ogos lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan beberapa bahan binaan seperti simen, batu bata dan produk keluli akan dikecualikan daripada SST. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *