Home » Langit Terbuka » Turki tawar bantu urus 3,000 pelarian Syria di Malaysia

Turki tawar bantu urus 3,000 pelarian Syria di Malaysia

ANKARA, 22 Jun –Turki menawarkan kepakarannya untuk membantu mengendalikan 3,000 pelarian Syria yang akan mendapat perlindungan di Malaysia.

Presiden Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Jabatan Perdana Menteri Turki, Mehmet Halis Bilden, Malaysia boleh menghantar pasukan pakar dan agensi kemanusiaannya ke negaranya bagi mendapatkan pandangan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam mengurus kehidupan pelarian.

Katanya, mereka sedia bantu Malaysia dari pelbagai aspek dalam urusan pengendalian pelarian Syria menerusi perbincangan dua hala membabitkan agensi pakarnya.

“Malaysia dan Turki boleh bekerjasama untuk memastikan nasib pelarian Syria dibela,” katanya.

Tahun lalu, Malaysia menyatakan komitmennya untuk membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Ketika ini, lebih 200 pelarian Syria sudah mendapat perlindungan di Malaysia. –Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *