Home » Langit Terbuka » Tular Kematian Akibat Virus Nipah Palsu

Tular Kematian Akibat Virus Nipah Palsu

PUTRAJAYA – Jabatan Kesihatan Selangor hari ini menafikan mesej yang tular mendakwa berlaku kematian di sebuah hospital swasta dikaitkan dengan memakan makanan dibungkus menggunakan daun pisang dan disyaki disebabkan virus Nipah.

Pengarahnya, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung mesej yang tersebar luas tersebut dan mendapati tidak ada kes yang dirawat serta meninggal dunia di hospital yang mempunyai kaitan dengan berita berkenaan.

“Berdasarkan pemantauan notifikasi diterima sehingga kini, tiada sebarang notifikasi kes atau kematian yang diterima oleh Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan penyakit atau kejadian keracunan makanan yang disyaki daripada penggunaan daun pisang atau kes yang disyaki menghidap jangkitan virus Nipah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, tular satu mesej mendakwa seorang wanita mengalami sesak nafas dan meninggal dunia selepas makan nasi daun pisang yang disyaki mempunyai virus Nipah  di Rawang, Khamis lalu.

Mengulas lanjut, Dr Khalid menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya.

“Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapatkan sebarang pengesahan daripada KKM terlebih dahulu,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *