Home » Citra Yadim » Tujuh keluarga terima sumbangan YADIM Pahang

Tujuh keluarga terima sumbangan YADIM Pahang

KUANTAN – Seorang ibu tunggal bersama tiga orang anak menetap bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal dan turut menjaga neneknya warga emas serta ayah saudaranya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Dalam kesukaran, wanita itu menghubungi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang memohon bantuan pek makanan asas, lampin pakai buang untuk anak kecil dan orang dewasa serta susu formula untuk anaknya.

Sementara itu, di sebuah keluarga pula seorang bapa bekerja sendiri menanggung 8 orang anak.

 Sebuah keluarga yang lain ketua keluarga bekerja sebagai buruh yang terjejas pendapatannya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berusaha menanggung enam orang anak.

Terdapat juga sepasang suami isteri berniaga di pasar malam, kini kehilangan pendapatan  setelah PKP dilaksanakan dan kini menjaga anak-anak yang kecil dan ibu warga emas.

Itu sebahagian daripada  tujuh keluarga sekitar Kampung Permatang Badak, Kampung Bukit Rangin, Perumahan Taman Tas dan Felda Panching Selatan yang telah mendapat sumbangan pek makanan asas , lampin pakai buang serta susu formula daripada YADIM Pahang pada 6 Julai.

Para penerima sumbangan juga dibekalkan dengan buku Hamba Terpilih ; Monolog Hamba Menghadapi Musibah terbitan YADIM. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *