KUALA LUMPUR, 31 Jan — AirAsia akan menugaskan kru lelaki dalam semua penerbangan ke Aceh berikutan wilayah itu menguat kuasa pemakaian tudung.
Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata mereka sedia mematuhi syarat baru tersebut berikutan wilayah berkenaan mengamalkan undang-undang Islam.
“Kami komited untuk memastikan operasi kami mengikut peraturan,” kata AirAsia dalam kenyataan kepada Malay Mail.
“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan diuruskan oleh kru lelaki”.
Satu lagi syarikat penerbangan ke Aceh, Firefly Sdn Bhd mungkin menyemak semula jadual, hanya melibatkan kru penerbangan bukan Islam.
Ketua pegawai eksekutifnya Ignatius Ong berkata permintaan Aceh masih dipertimbang tetapi keputusan belum dibuat. – MALAY MAIL
KOMEN