Home » Langit Terbuka » Trump gelar Bashar ‘haiwan’

Trump gelar Bashar ‘haiwan’

WASHINGTON 12 April : Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin menyokong seorang yang kejam di Syria.
Dalam wawancara dengan Fox Business Network, Trump menyifatkan Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai ‘haiwan.’
“Menyokong Bashar bukan baik untuk Russia. Ia juga bukan baik untuk kemanusiaan,” kata Trump.
Presiden Amerika Syarikat itu berusaha meningkatkan tekanan terhadap Putin supaya berhenti menyokong Bashar ketika Setiausaha Negaranya, Rex Tillerson bersiap sedia mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam.
Setakat ini tidak pasti sama ada Putin bersedia untuk menemui Tillerson.
Mesyuarat Tillerson dan Lavrov itu diadakan ketika hubungan antara kedua-dua berkenaan semakin keruh selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Syria minggu lalu.
Tillerson ialah pegawai paling kanan Amerika Syarikat melawat Moscow sejak Trump menjadi presiden Januari lalu.
Sementara itu, di Moscow, Putin berkata, hubungan negaranya dengan Amerika Syarikat semakin buruk di bawah Trump.
Putin berkata demikian dalam transkrip yang disiarkan Kremlin, semalam.
“Anda boleh kata tahap kepercayaan di peringkat kerja, khususnya dalam bidang ketenteraan, bukan sahaja tidak meningkat, tetapi juga mungkin semakin buruk,” katanya.
Washington menyalahkan Bashar yang disokong Russia berkait dengan serangan senjata kimia sehingga meragut lebih 80 nyawa di Idlib sebelum ia melancarkan serangan peluru berpandu terhadap pangkalan udara rejim itu sebagai tindak balas.
Putin bagaimanapun menolak tuduhan terhadap Damsyik dan pada masa sama menyifatkan serangan AS itu sebagai ‘pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.’-www.hemtro.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *