Home » Citra Yadim » TOT lahirkan murabbi muda

TOT lahirkan murabbi muda

Dr. Yusri Mohamad dan Tuan Haji Azizi Lin, Pengarah Kanan di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi melihat dokumen perjanjian persefahaman.

KUANTAN – Bagi melahirkan kepimpinan akademik di kalangan pelajar Politeknik Malaysia sebagai “murabbi” yang lebih berkarisma, berketrampilan, beridealisme Islam dan berjiwa dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), telah menganjurkan program Training of Trainers (TOT) bertempat di Politeknik Muadzam Shah, Pahang pada 10 hingga 13 November yang lalu.

Seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah politeknik, pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP), kaunselor, pegawai Pusat Islam dan pegawai-pegawai di politeknik dan JPP telah mengikuti kursus tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Program ini menjadi wadah untuk menggalakkan setiap politeknik menubuhkan keahlian Sahabat YADIM di samping mendedahkan pelbagai bentuk latihan kepada para peserta. Turut dimuatkan adalah sesi diskusi bagi membincangkan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah sosial di kalangan pelajar politeknik.

Satu upacara menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara JPP dan YADIM turut diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad dan Tuan Haji Azizi Lin, Pengarah Kanan di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Hadir sama adalah En Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En Mohamad Isa Azhari, Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, JPP dan En Mohd Rizal Mohd Rosli, Pengurus Besar Pengurusan Yadim.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *