Home » Citra Yadim » TOT Kejurulatihan Utama Pendakwah YADIM-JPNJ

TOT Kejurulatihan Utama Pendakwah YADIM-JPNJ

SERAMAI 60 orang guru Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menyertai Program TOT Kejurulatihan Utama Pendakwah YADIM-JPNJ pada 8 dan 9 Ogos.
Program anjuran bersama YADIM Johor dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Johor bermatlamatkan untuk melahirkan pendakwah bersama YADIM dan JPNJ.
Bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara Desaru, program ini memfokuskan kepada dua pengisian utama. Modul pertama ialah ’Malaysia Madani Tonggak Pendakwah’ yang disampaikan oleh Pengerusi WADAH Negeri Johor, Dr Haji Muhammad Fauzi Othman.
Pengisian kedua pula bertajuk ’Malaysia Madani : Islam dan Masyarakat Majmuk’ disampaikan oleh Sukarelawan Pendakwah YADIM Johor, yang juga merupakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia, Dr Jay Suman Pupspanathan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Haji Md Lukmanulhakim Mashadi, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPNJ. YADIM Johor diwakili Encik Mohd Ridzuan Shaban.

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *