Home » Langit Terbuka » Tok Bilal dan Tok Noja ‘frontliner’ rumah Allah

Tok Bilal dan Tok Noja ‘frontliner’ rumah Allah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. - Foto Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya sambutan Maal Hijrah 1442H pada tahun ini, kategori Anugerah Tokoh Bilal dan Tokoh Noja diwujudkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan kedua-dua individu yang memegang jawatan ini sebagai barisan hadapan rumah Allah’ kerana sentiasa  menjadi orang terawal tiba di masjid.

“Peranan mereka ini mereka ini paling awal tiba di masjid jarang lewat dari Tok Imam,

“Sebab kita nak menghargai mereka ini. Mereka ini adalah ‘frontliner’ yang tidak didendang untuk masjid,” katanya ketika menyampaikan ucapan.

Beliau terdahulu hadir di Masjid Wilayah Persekutuan bagi merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1442H /2020M.

Penerima anugerah Tokoh Bilal diterima oleh Senik Che Wan, 72, berasal dari Pasir Mas Kelantan manakala Tokoh Noja pula diterima oleh Mohamad Noor Biggs Abdullah mualaf berketurunan Portugis Eurasian, 65 tahun.  

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary dan Menteri Wilayah Persektuan Tan Sri Annuar Musa.

Selain Tokoh Bilal dan Tokoh Noja yang diberi penghargaan pada hari ini, penerima Tokoh Utama tidak ketinggalan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Penerima anugerah tersebut kali ini adalah Dr. Fauzi Deraman merupakan anak jati Machang, Kelantan yang banyak mendedikasikan hidupnya dalam perkembangan Islam khususnya bidang hadis.

Zulkifli hari ini turut melancarkan Pelan Pengimarahan Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. -MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *