Home » Wacana » Tips supaya melihat isteri seindah bidadari

Tips supaya melihat isteri seindah bidadari

ADA seorang lelaki berkata kepada seorang sheikh:

“Dulu, sebelum menikah, aku melihat isteriku begitu indah, tiada duanya di dunia ini. Ketika aku meminangnya, ternyata ada banyak wanita yang seindah dia. Ketika aku menikahinya, aku mulai merasa bahawa ada banyak wanita yang lebih cantik darinya. Sekarang, setelah hampir sepuluh tahun kami menikah, aku merasa bahawa semua wanita lebih menarik daripada isteriku.”

Sheikh itu menjawab:

ﺃﻓﺄﺧﺒﺮﻙ ﺑﻤﺎ ﻫﻮ ﺃﺩﻫﻰ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﻭﺃﻣﺮّ!؟

“Apakah engkau tahu, ada yang jauh lebih teruk dari yang kau alami masa ini?”

“Tidak.”

“Seandainya, engkau menikahi seluruh wanita di dunia, tanpa terkecuali, maka engkau akan merasa bahawa anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan jauh lebih menarik bagimu daripada wanita manapun.”

Sheikh itu melanjutkan:

ليس الأمر في عرسك ، وإنما هو في قلبك الطامع وبصرك الزائغ ، ولا يملأ عين ابن آدم الا التراب

“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada isterimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata liarmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah.”

Lalu Syekh itu bertanya, “Apakah engkau ingin isterimu kembali seperti sedia kala, menjadi wanita terindah di dunia ini?”

“Ya Syekh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.

فاغضض ﺑﺼﺮﻙ ، فإن من ارتضى بحلاله رزق الكمال فيه

“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram… Ketahuilah, orang yang merasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barang halal tersebut.” – muslimedianews

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *