MENGIKUT pendapat sebahagian ulama, khusyuk ertinya menghadirkan sepenuh ingatan dan mendiamkan seluruh anggota badan. Ada pendapat lain mengatakan khusyuk ertinya tetap seluruh anggota badan. Ada pendapat lain mengatakan khusyuk ertinya tetapkan hati. Ada pendapat lain mengatakan khusyuk ertinya tetap seluruh pancaindera tanpa menggerakkannya.Inilah pendapat yang lebih jelas dan diterima.
Walau bagaimanapun terdapat juga pendapat yang mengatakan khusyuk itu adalah menghadirkan sepenuh hati di samping memperlahankan bacaan (membaca dengan lambat). Ini adalah kerana  membaca dengan cepat dan laju adalah makruh.
Semasa solat, seseorang itu berhubung terus dengan Allah SWT dan sepanjang mendirikan solat, seseorang itu berdoa dan bergantung harap pada-Nya. Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran dan seluruh pancaindera manusia tunduk kepada Allah sepanjangwaktu mengerjakan solat. Firman Allah SWT:
” Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya”.-Â Surah al- Mukminun, 23:1-2
Tips Khusyuk Dalam Solat
Mencari Pengertian ( Faham)
Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat. Apabila mengucapkan takbiaratulihram dan membaca surat al- Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.
Memusatkan Fikiran( Fokus)
Menghindari gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan bacaan di dalam solat seiring-iaitu fokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.
Membesarkan Allah
Perlu menyedari bahawa ia berhadapan dengan Allah yang maha Agung dan Maha mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
Kagum dan Takut akan Keagungan Allah (Rasa Khauf)
Memenuhkan diri dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul,menundukkan kepala , mata melihat ke tempat sujud( tidak berani mendongak).
Rasa Mengharap Kepada Allah( Rasa Raja’)
Pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih saynag dan syurga Allah. Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika membaca ayat di dalam solat dan juga melalui perbuatan seperti rukuk, sujud dan duduk dalam tahiyat awal dan akhir.
Rasa Malu Dan Hina Diri Dalam Solat
Rasa malu dan hina diri dalam solat kerana perasaan bersalah dan rasa berdosa terhadap Allah, menimbulkan rasa keinsafan dalam diri seseorang hamba Allah seterusnya khusyuk dalam solatnya.
Memakai Pakaian Yang Paling Selesa Ketika Solat
Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa dan khas untuk solat. Pilih pakaian yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergeraakan solat.
Mengingati Mati
Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat terakhir sekali dalam hidup.
KOMEN