Home » Wacana » Tiga mata yang tidak disentuh api neraka

Tiga mata yang tidak disentuh api neraka

Abu Hurairah RA menyebutkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga pasang mata tidak terlihat dalam neraka; (iaitu) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah dan mata yang menutup dari apa yang diharamkan oleh Allah,” (HR al-Khila’i dalam kitab al-Fawa’id dan Ibnu ‘Asakir dalam kitab at-Tarikh).

  1. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT

Tangisan air mata kerana takut kepada Allah dapat memadamkan lautan api, kerana rasa takut yang ia rasakan telah membakar hatinya, melelehkan hatinya yang keras, membuatnya menangis berlindangan air mata, dan memadamkan api maksiatnya. Tangisan ini memiliki makna dan nilai yang sangat tinggi di sisi-Nya kerana tangisan seperti inilah yang dapat menyelamatkan dirinya dari azab neraka dan mengangkat darjatnya ke tingkat tertinggi di sisi Allah SWT.

  1. Mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah

Rasulullah SAW menyamakan mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dengan mata yang berjaga di jalan-Nya kerana kedua-duanya sering bersama berjaga di malam hari kerana Allah. Matanya tidak terpejam pada malam hari kerana khuatir dan takut terhadap sesuatu yang mungkin akan menimpa agama Allah.

  1. Mata yang enggan memandang kepada sesuatu yang diharamkan Allah

Allah SWT mewajibkan atas hamba-Nya supaya menjaga dan menahan pandangan mereka dari sesuatu yang diharamkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya  Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka berbuat.” (an-Nur: 30). – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *