Home » Langit Terbuka » Tiada lagi larangan terhadap Zakir Naik – Saifuddin

Tiada lagi larangan terhadap Zakir Naik – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Larangan polis terhadap pendakwah bebas, Dr Zakir Naik pada 2019 sudah ditarik balik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, larangan pada 2019 itu adalah susulan kepada siasatan polis yang sedang berjalan terhadapnya membabitkan dua perkara menyentuh sensitiviti kaum.

“Saya difahamkan larangan ketika itu dibuat susulan siasatan yang sedang dilakukan sebab beliau mengeluarkan ucapan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

“Mengikut rekod yang ada, dua perkara disebut beliau di Kota Bharu dan Perlis menyentuh sensitiviti kaum. Namun kini larangan itu tiada lagi,” katanya ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *