Home » Langit Terbuka » Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.- Foto Bernama

PARIT BUNTAR – Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata ini kerana terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, sama ada makanan atau perubatan kepada pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Sesiapa yang didapati bersalah dengan menggunakan tulisan jawi atau halal pada produk (tanpa pensijilan yang sah) boleh didakwa jadi tidak perlu ada satu akta baharu kerana isu halal sudah ada yang pelihara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Rahmah di Masjid Ubudiah, Taman Seri Tenggara di sini.

Dr Mujahid berkata beliau difahamkan isu itu timbul berikutan kebimbangan pengguna tertipu dengan penyalahgunaan logo halal dan tulisan jawi pada produk.

“Yang dimaksudkan itu tertumpu kepada logo halal yang ditulis dalam tulisan jawi dan kata produk halal. Pengguna jangan tertipu, sebab sijil halal itu ada pensijilannya.

“Tidak timbul isu kerana setiap pensijilan halal akan dilabel setelah syarikat berkenaan berdaftar dan audit dilakukan untuk memastikan ia sah,” katanya.

Mujahid berkata orang ramai boleh membuat semakan melalui talian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memeriksa status halal sesebuah produk kerana tiada pihak yang boleh meletakkan logo halal selain menerusi sistem berkenaan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilaporkan mencadangkan kepada Jakim supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk. – Bernama

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *