PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada kapal perang yang ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Perdana Menteri berkata, kehadiran kapal perang di perairan Malaysia menggambarkan situasi ‘tidak sihat’.
“Ini adalah polisi kita, sudah tentu kita tidak boleh paksa, namun kita akan pastikan tidak akan ada kapal perang sekitar perairan negara.
“Apabila ada negara tertentu yang melihat negara tertentu melabuhkan kapal perang mereka di perairan Malaysia, mereka kemudian membuat permintaan yang sama, jadi ini sesuatu yang ‘tidak sihat’,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, semalam. – BERITA HARIAN ONLINE
KOMEN