Home » Langit Terbuka » TH nafi ramai pendeposit tutup akaun

TH nafi ramai pendeposit tutup akaun

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangannya berjalan seperti biasa, malah pihaknya turut menerima caruman deposit baru. - Foto Utusan Malaysia
PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menolak khabar angin berlaku pengeluaran deposit beramai-ramai dan penutupan akaun di semua cawangannya seluruh negara, susulan pengumuman hibab terendah dalam sejarah badan berkanun itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangan TH berjalan seperti biasa hari ini dan pihaknya turut menerima caruman deposit baru.

“Saya ingin menegaskan khabar angin yang tular di media sosial sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, TH akan membuat laporan polis jika ada pihak tidak bertanggungjawab terus menyebarkan khabar angin untuk menimbulkan kebimbangan di kalangan pendeposit.

TH ingin memberi jaminan kepada para pendeposit, bukan sahaja wang mereka selamat, tetapi kami komited menjana pendapatan yang mampan untuk mengoptimumkan pulangan mereka, sambil menumpukan mandat kami untuk membantu umat Islam menyimpan dan mempersiapkan diri untuk urusan haji mereka.”

Jumaat lalu, TH mengumumkan hibah 1.25% yang membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta bagi tahun kewangan 2018.

Kadar hibah itu jauh lebih rendah daripada 6.25% pada 2017 dan ia adalah agihan terendah dalam sejarah TH setakat ini. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *