Home » Langit Terbuka » Teruskan amalan, tarbiah Ramadan pada bulan lain

Teruskan amalan, tarbiah Ramadan pada bulan lain

Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila amalan baik dikekalkan dan diamalkan secara berterusan, ia akan menjadi momentum menjadi insan yang lebih baik. - Foto MM.com

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap umat Islam meneruskan amalan tarbiah atau pengasuhan bulan Ramadan pada bulan lain.

Beliau berkata, umat Islam (pada Ramadan) bukan sahaja dituntut berpuasa, tetapi juga menahan diri daripada segala perbuatan tidak baik dan maksiat, sebaliknya memenuhi waktu malam dengan solat tarawih, tadarus dan sedekah.

“Sesungguhnya Ramadan dan puasa seperti disebut di dalam satu hadis Rasulullah SAW, iaitu perisai yang dapat menahan diri dari gejala-gejala tidak sihat, sama ada daripada segi fizikal atau mental, seterusnya mencegah daripada seksaan api neraka.

“Saya harap amalan bulan tarbiah ini dapat dikekalkan pada bulan-bulan seterusnya.

“Bulan penuh barakah ini penuhilah dengan amal kebaikan apatah lagi sepuluh hari terakhir Ramadan,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Parlimen Pandan bersama ahli kariah dan golongan asnaf di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, apabila amalan baik itu dikekalkan dan diamalkan secara berterusan, ini akan menjadi momentum untuk setiap daripada kita menjadi insan yang lebih baik.

Pada majlis itu turut disampaikan sumbangan Hari Raya kepada 350 penerima asnaf Parlimen Pandan serta jamuan berbuka puasa yang dihadiri seramai 2,500 ahli kariah masjid berkenaan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *