Home » Citra Yadim » Terus santuni penduduk, YADIM sedia bantu baiki, bina kemudahan tandas, saliran air.

Terus santuni penduduk, YADIM sedia bantu baiki, bina kemudahan tandas, saliran air.

HULU LANGAT – Kemusnahan yang ditanggung penduduk di kawasan ini akibat banjir baru baru ini ternyata bukan sedikit.

Ia sudah pasti menelan belanja besar, selain mengambil masa yang lama untuk pulih.

Antara yang memerlukan pembaikan segera, sudah tentu kemudahan asas rumah seperti tandas, saliran air dan sebagainya.

Atas rasa bertanggungjawab dan sebagai melestari gerakan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat membantu melaksanakan pembaikan dan pembinaan kemudahan tersebut untuk para penduduk.

Cadangan tersebut disampaikan kepada Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang berkunjung ke Kampung Jawa di sini pada 23 Disember.

Ia dipersetujui beliau yang terus meminta YADIM berbincang dengan pihaknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YADIM atas usaha membersihkan kediaman penduduk yang dimasuki lumpur banjir.

Difahamkan beliau menerima maklumat daripada penduduk, inisiatif badan dakwah ini benar benar membantu selain sumbangan barangan keperluan harian yang meringankan beban yang ditanggung.

Selain itu, sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Hasanah juga menyatakan minat untuk bekerjasama dengan YADIM bagi program program menyantuni penduduk pasca banjir selepas ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *