Home » Langit Terbuka » Terpulang kepada DPP buat keputusan tentang Ziqri

Terpulang kepada DPP buat keputusan tentang Ziqri

Ibu kepada Ahmad Ziqri berkata, kini terpulang kepada pihak pendakwa raya untuk mengambil tindakan selanjutnya

KUALA LUMPUR – Ketika pihak polis ‘cuba’ mengambil kenyataan daripada pesakit austisme yang didakwa meraba seorang gadis 11 September lepas, lelaki tersebut hanya sekadar mendiamkan diri seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku sekelilinya.

Menurut ibu kepada Ahmad Ziqri Morshidi, Datin Hasnah Abdul Rahman, pihak polis hanya menjalankan tugas dengan mengambil keterangan dengan cuba bercakap dengannya.

“Dia hanya berdiam diri ketika diambil keterangan, tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya seperti sebelum. Saya juga memberi kenyataan saya tentang kejadian pada hari itu.

“Saya juga telah kepilkan semua dokumen yang sepatutnya termasuk tentang tahap kesihatan Ziqri. Kini terpulang kepada pihak pendakwa raya (DPP) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Ziqri dan saya juga ingin melahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada semua yang tampil membantu,” katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Ahmad Zirqri yang berusia 22 tahun pada 13 September lepas didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika sambutan hari jadi di sebuah restoran sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis sebelum ditahan semalaman dalam lokap.

Insiden tersebut menyebabkan pelbagai pihak tampil mengkritik cara Ziqri yang dianggap ‘tidak normal’ tetapi diperlakukan seperti pesalah lain sehingga mempersoalkan prosedur polis dalam menahan tahanan OKU.

Ahmad Ziqri yang mempunyai kapasiti mental budak berumur 13 tahun itu terpaksa bermalam di lokap pada hari jadinya akibat kejadian terbabit.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, pihaknya telah memanggil Ahmad Ziqri dan ibunya untuk mengambil keterangan dan sambung rakaman percakapan tempoh hari.

“Kita tunggu arahan lanjur daripada pihaknya DPP, baru polis akan bertindak,” ujarnya – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *