TEMERLOH – Semasa mula mula terlibat dengan inisiatif Mukhayyam di negeri ini, YADIM memberi komitmen untuk akan terus menyantuni golongan rentan berkenaan.
Secara mudah, inisiatif ini bukan bersifat Touch and Go semata mata.
Kini ia sudah memasuki tahun ketiga program berkenaan. Kali ini program bertambah besar dan melibatkan pelbagai pihak.
Bertempat di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradhawi (KOMTAQ) di sini ia disertai 150 peserta khususnya dari Pantai Timur termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand.
Ianya bertujuan supaya mereka kembali ke jalan yang benar dengan mempelajari ilmu-ilmu fardu ain seperti kebersihan diri, wuduk, solat dan menanamkan akidah yang benar kepada mereka.
Juga untuk memberi maklumat berkenaan kesihatan seperti bahaya penggunaan hormon wanita tanpa had,bahaya penyakit kelamin seperti HIV, Hepatitis, Sifilis dan sebagainya.
Selain YADIM, turut menjayakan program ini ialah UIAM Kuantan, USIM, USM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, badan bukan kerajaan Persatuan Insaf Pahang dan Hijrah Republik.
Antara pengisian diberikan YADIM dan penganjur sepanjang tiga hari program ialah kuliah Subuh, pemeriksaan kesihatan, klinik solat, sukaneka, tazkirah Maghrib dan sebagainya.
Melihat ke hadapan, badan dakwah ini bercadang melibatkan ejen dakwahnya seperti Rakan Siswa YADIM dan Daie Muda YADIM.
Hadir ke perasmian penutup 2nd Nusantara Ibadah Camp pada 30 Oktober ini ialah Rektor UIAM Prof Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Mudir Komtaq, Ustaz Kamal Ashaari, Penasihat Persatuan Insaf Pahang, Prof Dr Samsul Draman dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.
Sebelum pulang kami meluangkan masa bertemu para peserta program bagi mendengar sendiri respon serta pandangan mereka.
Selain ucapan terima kasih dan memohon mendoakan agar mereka istiqamah, ternyata mereka mempunyai pelbagai idea dan bagi pendekatan menangani isu ini.
KOMEN