Home » Langit Terbuka » Terengganu keluar garis panduan hiburan

Terengganu keluar garis panduan hiburan

Jabatan Pelancongan Terengganu menyatakan acara persembahan pentas hanya melibatkan penyanyi dan penari lelaki manakala persembahan penyanyi dan penari wanita hanya boleh dilakukan kepada wanita sahaja di tempat tertutup - Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU – Penganjuran sebarang acara persembahan pentas di negeri ini selepas ini tidak dibenarkan mengandungi unsur percampuran antara lelaki dan wanita.

Perkara tersebut terkandung dalam garis panduan penganjuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelancongan negeri yang diedarkan malam tadi (2 Oktober).

Dalam garis panduan itu, Jabatan Pelancongan menyatakan acara persembahan pentas hanya melibatkan penyanyi dan penari lelaki manakala persembahan penyanyi dan penari wanita hanya boleh dilakukan kepada wanita sahaja di tempat tertutup.

Di samping itu, tidak boleh berlaku percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan.

Persembahan kanak-kanak sahaja dibenarkan bercampur di antara lelaki dan perempuan di atas pentas.

Lagu-lagu yang dipersembahkan tidak mengandungi lirik melampau dan melalaikan bahkan, muzik atau hiburan yang dipersembahkan tidak boleh diiringi atau dialunkan dengan instrumen bunyian yang melampau sehingga boleh mempengaruhi penonton atau pendengar mengikut rentak.

Menurut kenyataan itu lagi, persembahan muzik hanya dibenarkan selepas waktu Isyak dan tidak melepasi pukul 12 tengah malam manakala persembahan waktu siang perlulah tidak melampaui batas waktu solat.

Di samping itu, persembahan pentas tidak dibenarkan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya.

“Menjaga adab dan tingkah laku dan berpakaian menutup aurat/kemas ketika persembahan dijalankan

“Penganjur mestilah memastikan penonton lelaki dan wanita bukan mahram tidak boleh bercampur antara satu sama lain,” ujar kenyataan itu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *