Home » Langit Terbuka » Telaga Zam Zam sedang diubahsuai

Telaga Zam Zam sedang diubahsuai

Seorang lelaki sedang meminum air zam-zam di Makkah. Foto : https://islamidia.com

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Pembesaran kemudahan frasarana di kota Mekah turut melibatkan projek pembesaran saluran telaga zam-zam.

Dilaporkan oleh Khaleej Times, Saudi Arabia, projek ubahsuai dan pembesaran telaga zam-zam telah diluluskan oleh Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, penjaga Haramain.

Sheikh Dr. Abdulrahmam Al-Sudais, Imam Masjidil Haram dan Ketua Pengarah Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata projek ini melibatkan pembinaan 5 saluran tambahan berukuran 8 meter lebar dan sepanjang 120 meter.

Dinding telaga zam-zam akan dibersihkan dengan teliti (sterilized) dan dipasang dengan batu kelikir yang berkilat. Projek ini telah dimulakan pada bulan Oktober tahun lalu dan akan mengambil masa selama tujuh bulan.

Projek pengubahsuaian ini dijangka akan selesai dan dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Ramadan yang akan datang.

Projek ini adalah termasuk di dalam plan pembesaran Masjidil Haram yang sebelum ini dihentikan hampir dua tahun  ekoran insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan sebanyak 107 orang.

Pengubahsuaian dan pembesaran telaga zam zam ini tiada kaitan dengan khabar angin di media sosial yang membawa berita palsu bahawa air zam zam semakin kering dan penjuru Kaabah akan runtuh akibat kekeringan tersebut.- EHWAL

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *