Home » Analitis » Teknologi pemangkin pengurusan halal di Malaysia.

Teknologi pemangkin pengurusan halal di Malaysia.

Penggunaan sistem MYeHALAL yang dibangunkan oleh JAKIM telah mempercepatkan proses permohonan sijil halal. - Kredit Foto : Media Prima

Pensijilan halal di Malaysia memainkan peranan penting dalam memacu keyakinan pengguna Muslim, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat global.

Sistem pensijilan halal Malaysia yang dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah satu daripada rujukan utama dunia dalam memastikan produk yang dihasilkan adalah patuh syariah.

Dalam era teknologi yang pesat, proses pensijilan halal turut mengalami perkembangan, dengan teknologi digital menjadi pemangkin utama dalam mempercepatkan dan memantapkan lagi proses pensijilan tersebut.

Teknologi digital telah membuka ruang untuk meningkatkan kecekapan proses pensijilan halal. Menurut Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, dalam temubual bersama Dewan Tamadun Islam(DTI), teknologi adalah pemacu utama dalam pentadbiran hal ehwal agama di Malaysia.

Beliau menekankan bahawa penggunaan teknologi dalam pentadbiran fail secara digital serta capaian rekod dalam talian membolehkan pegawai agama mengakses maklumat dengan lebih cepat dan efisien.

Contohnya, penggunaan sistem MYeHALAL yang dibangunkan oleh JAKIM telah mempercepatkan proses permohonan sijil halal. Sistem ini membolehkan pihak industri membuat permohonan, pemantauan status, dan pengemaskinian sijil secara dalam talian. Ini bukan sahaja mengurangkan masa pemprosesan, tetapi juga meminimumkan risiko kesilapan manusia serta memastikan ketelusan dalam proses pensijilan.

YB Dato’ Setia Dr. Na’im juga menyatakan bahawa kerajaan melalui JAKIM sedang mengkaji garis panduan berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengikut kerangka Islam. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa maklumat yang disampaikan oleh AI adalah sahih dan selari dengan ajaran Islam.

Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa penggunaan AI dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam khususnya dalam proses pensijilan halal mematuhi prinsip-prinsip Islam, terutamanya dalam memberi panduan kepada penyelidik dan pengguna.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *