BEIRUT – ‘Tebing Barat ‘mangsa’ seterusnya’.
Demikian amaran yang dikeluarkan oleh Hezbollah mengenai kedudukan Tebing Barat yang mungkin diiktiraf oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai wilayah yang dikuasai atau menjadi sebahagian daripada kedaulatan Israel.
Ini selepas pentadbiran Presiden Donald Trump bertindak mengiktiraf Bukit Golan yang berada di dalam wilayah Syria sebagai ‘milik’ rejim Zionis.
Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyed Hassan Nasralllah mengeluarkan amaran tersebut akan menjadi kenyataan jika negara-negara Arab tidak melalukan sesuatu tindakan.
“Apabila seluruh dunia seakan-akan merelakan Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, dan dunia Arab membisu, ini akan membuka kepada lebih banyak pencabulan oleh AS,” katanya seperti dilaporkan Press TV.
Kelmarin di White House ketika kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Trump mengisytihar Bukit Golan sebagai wilayah yang dikuasai rejim Zionis. – Utusan Malaysia
KOMEN