Home » Langit Terbuka » Tawaran Menu Rahmah dijangka meningkat pada Ramadan

Tawaran Menu Rahmah dijangka meningkat pada Ramadan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangka jumlah premis yang menyediakan menu rahmah akan bertambah pada Ramadan. -Foto Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan lebih banyak premis makanan dapat menawarkan Menu Rahmah pada Ramadan yang dijangka hujung bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata berdasarkan sambutan oleh pengusaha pada masa ini, pihaknya menjangka jumlah premis yang menyediakan menu itu bertambah pada Ramadan.

Sehingga ini, katanya, sebanyak 1,142 premis makanan di seluruh negara menawarkan Menu Rahmah.

Katanya, inisiatif Menu Rahmah itu turut mendapat sambutan daripada beberapa syarikat atau restoran makanan segera yang turut mengambil bahagian bagi meringankan beban rakyat.

“Setakat hari ini, terdapat sebanyak 1,142 premis di seluruh negara dan (jumlah) ini tidak termasuk syarikat-syarikat atau industri makanan segera yang akan menyertai program sama seperti Kentucky Friend Chicken (KFC) dan McDonald’s (McD).

“Buat masa ini, restoran makanan segera yang sudah menyertai insiatif ini adalah Burger King , Marrybrown dan A&W Malaysia.

“Restoran makanan segera seperti McD, KFC dan The Manhattan Fish Market pula dijangka menawarkan Menu Rahmah pada bulan ini manakala Domino’ Pizza juga menyatakan minat untuk menyertai program sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di sebuah restoran di Wakaf Tok Pelam di sini hari ini.

Pada program sama, Salahuddin turut menyerahkan sumbangan Bakul Rahmah kepada 20 penerima dengan setiap bakul bernilai RM150. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *