Home » Citra Yadim » Tausiah Istiqbal Ramadan YADIM Kedah dan Perlis

Tausiah Istiqbal Ramadan YADIM Kedah dan Perlis

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Tausiah Istiqbal Ramadan di Masjid Jamek Al Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah pada 14 Februari.
Diadakan dengan tujuan meraikan ketibaan bulan mulia Ramadan al-Mubarak, ia menyaksikan seramai 250 jemaah hadir menyertainya.
Program ini mengundang Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain sebagai penceramah dan pentausyiah.
Beliau yang digandingkan dengan Syeikh Hadi At-Tunisi telah membicarakan tajuk kelebihan Ramadan dan persiapan menghadapinya. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran tokoh seperti Munsyid Qasidah: Alif as-Sakran, Gus Husaini dan Ammar al-Munawar.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Imam Masjid Jamek Al Wahdatul Islamiah, Ustaz Mohd Roswadi Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Masjid, Encik Jaafar Shaharun.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *