Home » Langit Terbuka » TASKA Di Semua Jabatan, Agensi Awam Tahun Depan

TASKA Di Semua Jabatan, Agensi Awam Tahun Depan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada agensi kerajaan yang mempunyai kerja syif.

KUALA LUMPUR – Menjelang Januari tahun depan, semua agensi dan jabatan kerajaan digalakkan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada agensi kerajaan yang mempunyai kerja syif.

Katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga ingin bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya TASKA dapat diwujudkan di sekolah untuk kemudahan guru.

“Bagi sektor awam, subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai perkhidmatan awam yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan disediakan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2013.

“Bagi sektor swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut dari kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Februari 1996 yang mana pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun untuk ubah suai dan penyenggaraan bangunan bagi penyediaan TASKA, ” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, selain itu kementerian menganjurkan Bengkel Pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) yang diadakan pada 11 Julai 2018 bagi memantapkan kawal selia TASKA di seluruh negara.

Katanya, bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan taman asuhan yang dikendalikan oleh pengusaha berada di tahap keselamatan yang tinggi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumpul notifikasi pengasuh di rumah bagi individu yangmengasuh kanak-kanak kurang daripada empat orang yang berusia empat tahun ke bawah.

Selain itu, katanya JKM membimbing pengasuh dan memberi maklumat mengenai Kursus Asuhan PERMATA dan program, seminar dan taklimat berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak melalui 42 agensi latihan yang diiktiraf oleh JKM.

“Usaha ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengasuh dalam bidang berkenaan.

“Mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan ibu bapa mengenai kepentingan dan kelebihan menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan JKM. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453094/taska-di-semua-jabatan-agensi-awam-tahun-depan#cxrecs_s

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *