21 May 2013
Kepulauan Recherce yang berlokasi di Australia Barat mempunyai satu kejadian semulajadi yang menarik iaitu Tasik Hilier. Tasik ini adalah sebuah tasik yang berwarna merah jambu di Middle Island, iaitu pulau yang terbesar di antara pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Recherce. Dari pandangan atas, tasik ini kelihatan seperti pepejal berwarna merah jambu.
Tasik ini berukuran kira-kira 600 meter panjang dan dikelilingi oleh rim pasir dan hutan tebal paperbark dan pokok eucalyptus. Satu jalur sempit gumuk pasir yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan memisahkan ia ke utara dari Lautan Selatan.
Tidak seperti tasik-tasik merah jambu lain di dunia seperti Retba dan kolam garam di San Francisco Bay, asal-usul warna merah jambu Tasik Hilier belum dapat dibuktikan secara saintifik.
Namun berdasarkan spekulasi, warna merah jambu ini berkemungkinan timbul daripada pewarna dicipta oleh organisma Dunaliella salina dan Halobacteria.
Hipotesis lain adalah warna merah jambu ini disebabkan oleh bakteria halophilic merah di keruping garam.
Warna merah jambu ini bukanlah satu muslihat cahaya dan ia boleh dibuktikan dengan mengambil air tasik di dalam bekas, menakjubkan apabila warna merah jambu boleh dilihat secara kekal.
Sumber daripada billyinfo.blogspot.com
KOMEN