Home » Langit Terbuka » Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 18 Jun

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 18 Jun

Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Foto Rileklah.com

Kuala Lumpur: Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad, 18 Jun bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

“Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di lebih 20 lokasi di seluruh negara. – Harian Metro

 

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *