Home » Langit Terbuka » Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 11 Ogos

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 11 Ogos

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa penetapaan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 11 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1439 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Pengisytiharan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban akan dibuat melalui radio dan televisyen pada malam itu.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa penetapaan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa itu diperkenan melihat anak bulan Zulhijah di 29 tempat ditetapkan.

Tempatnya ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (ketiga-tiganya di Selangor).

Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar (ketiga-tiganya di Kedah) ; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kusza, Setiu (ketiga-tiganya di Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu yang ketiga-tiga di Kelantan.

Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarikh-lihat-anak-bulan-zulhijah-11-ogos-1.720538#ixzz5Mu7XtOhW

 

 

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *