Home » Langit Terbuka » Tangkap pemain judi beragama Islam, hadapkan ke Mahkamah Syariah

Tangkap pemain judi beragama Islam, hadapkan ke Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 16 Februari – Bukan sekadar pengusaha judi, bahkan pemain judi beragama Islam juga perlu dibanteras.

Itu antara cadangan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Rosli Sulaiman melihat situasi judi haram melibatkan orang Melayu Islam yang semakin parah.

Katanya, pesalah judi perlu ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

“Kalau banteras pengusaha judi sahaja tak cukup, kita kena banteras orang yang main judi.

“Mereka yang ditangkap kita beritahu pada umum, ini sebagai pengajaran. Bukan apa, 85 peratus pengunjung pusat judi adalah beragama Islam,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam masa sama, Datuk Rosli meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk turut serta memainkan peranan banteras judi di negeri ini.

Katanya, Jawi patut memainkan peranan mendidik umat Islam tentang kegiatan judi haram yang merosakkan seluruh masa depan.

“Antara lain, Jawi boleh sama-sama awasi kelab judi. Jawi boleh turut serta dengan pihak polis demi membanteras masalah judi,” katanya. – https://www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *