Home » Langit Terbuka » Tan Sri Zaharah Angkat Sumpah Jawatan Hakim Besar Malaya

Tan Sri Zaharah Angkat Sumpah Jawatan Hakim Besar Malaya

Yang Amat Arif Tan Sri Zaharah Ibrahim

PUTRAJAYA – Yang Amat Arif Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar  Malaya berkuat kuasa 11 Julai 2018.

Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia berlangsung hari ini di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini dihadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam selaras Perkara 124(3) Perlembagaan Persekutuan.

Zaharah, 66, menggantikan jawatan yang dipegang Tan Sri Ahmad Maarop yang kini memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan.

Pelantikan Zaharah menjadikan beliau sebagai wanita kedua  memegang jawatan Hakim Besar Malaya selepas Tan Sri Datuk Siti Norma Yaakob yang berkhidmat bermula tahun 2005 hingga 2007.

Zaharah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 November 1952. – SINAR HARIAN ONLINE

https://www.sinarharian.com.my/nasional/tan-sri-zaharah-angkat-sumpah-jawatan-hakim-besar-malaya-1.857259

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *