KUCHING – YADIM meletakkan tugasan dakwah di lapangan sebagai sesuatu yang amat dititik beratkan bagi memastikan kelancaran usaha melestari gerakan dakwah.
Justeru, pada 20 dan 21 Februari, Bahagian Dakwah Komuniti dengan kerjasama YADIM Sarawak telah mengadakan taklimat skop tugasan Daie dan mesyuarat bulanan bersama Daie YADIM Sarawak.
Turut diadakan ialah taklimat manual pelaksanaan program Daie YADIM Sarawak dan taklimat pelaporan Daie.
Turun padang menjayakan inisiatif ini ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat dan Pengarah Bahagian Dakwah Komuniti, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.
KOMEN