Home » Citra Yadim » Taklimat kerjaya bidang penerbangan oleh YADIM Zon Sabah dan Maswings

Taklimat kerjaya bidang penerbangan oleh YADIM Zon Sabah dan Maswings

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zon Sabah berkolaborasi dengan syarikat penerbangan, MASwings menganjurkan taklimat kerjaya di bidang Penerbangan di Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC Kota Kinabalu pada 19 Julai.

Program ini yang disertai oleh lebih 900 org pelajar dan 30 orang guru menyertainya, diadakan dengan tujuan memberi pendedahan peluang membina kerjaya sebagai juruterbang,  jurutera dan paramugara-paramugari.

Program ini diadakan secara percuma ini dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MASWings, Aminuddin Zakaria dan Pengarah YADIM Zon Sabah , Samin Ongki.

Lebih menarik apabila para peserta diberi peluang berinteraksi secara langsung dengan CEO, juruterbang dan pramugara serta pramugari yang turut hadir.

Samin berkata, penganjuran program ini adalah satu usaha kolaborasi di antara kedua-dua pihak yang sememangnya sudah terjalin sejak sekian lama.

“Dakwah YADIM kini bukan sahaja berbentuk aktiviti kemasyarakatan dan perluasan dakwah tetapi juga program sebegini yang mendedahkan kepada golongan muda terhadap sesuatu bidang pekerjaan.

“YADIM sentiasa mahu membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup dengan membuat kerjasama dengan rangkaian agensi yang boleh membuka peluang pekerjaan,’’ jelasnya.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *