PETALING JAYA – Penyanyi lagu Saya Anak Malaysia, Dr Sam Rasputin berpendapat golongan selebriti perlu belajar menerima teguran yang disampaikan para pendakwah demi kebaikan bersama.
Katanya Dr Sam atau nama sebenarnya Salim Ibrahim, amalan tegur menegur dalam masyarakat seharusnya dipandang positif.
“Teguran tersebut sebenarnya daripada Allah SWT kepada kita, jadi kita kena belajar menerima dengan hati terbuka.
“Mereka (ahli agama) bercakap berdasarkan ilmu yang mereka ada. Jadi memang patut kita kena tegur, takkan nak selalu dipuji sahaja? Ini semua untuk diri kita,” katanya.
Sam, 65, ditemui pada sidang media Konsert Picnic@PD di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.
Dia dan bersama beberapa rakan artis akan berkongsi pengalaman hijrah mereka di Konsert Picnic@PD yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober ini bertempat di PD Waterfront, Port Dickson. – MStar
KOMEN