PUTRAJAYA 2 Mac : Dakwaan mengatakan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara ini adalah reaksi sekelompok kecil individu yang fobia dengan Islam.
Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad, berkata sejak akhir-akhir ini, golongan sekular itu cuba mempengaruhi masyarakat dan cuba membataskan agama Islam hanya di masjid sahaja.
Tambah beliau, masyarakat tidak perlu terikut-ikut dengan dakyah golongan minoriti berkenaan. “Negara kita mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mengurus hal ehwal Islam termasuk mengawal kehadiran penceramah dan tokoh agama dari luar,” katanya pada program ‘Menghidupkan Semula Roh Islam’ (RIS), di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan 19 orang memfailkan saman terhadap kerajaan hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mereka mendakwa kerajaan melindungi seorang individu yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Sehubungan itu, mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang Zakir memasuki negara ini.- Â https://www.bharian.com.my
KOMEN