SUNGAI PETANI – Pada 27 Ogos 2022 YADIM Kedah meneruskan lagi Program YADIM Interaktif Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Surau As-Syakirin, Taman Wira di sini.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah.
Peserta diajar bermula dari adat menziarahi orang sakit, perkara penting apabila berlaku kematian, persiapan mandi, kafan, solat dan lain-lain lagi berkaitan jenazah.
Seramai 42 orang ahli kariah surau telah menyertai program ini.
Pihak surau mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini.
Turut hadir ialah Penasihat Surau, Dr. Mohd Fariddudin Othman, Imam surau, Encik Sueb Yusoff dan kepimpinan surau tersebut.
KOMEN