Home » Langit Terbuka » Tahera Rahman penyampai berita berhijab Amerika

Tahera Rahman penyampai berita berhijab Amerika

Tahera Rahman

Debut Rahman merupakan kejutan bagi penduduk Muslim setempat

PUSAT PENYELIDIKAN PEW menyatakan terdapat 3.5 juta Muslim tinggal di Amerika Syarikat (AS) dan angka ini akan terus bertambah kerana mereka akan menjadi kelompok penganut agama terbesar kedua di negara Uncle Sam menjelang tahun 2040.

Tetapi bagi seorang wartawan televisyen di AS, perkara itu hanyalah statistik di sebalik pekerjaan sehari-harinya sebagai penyampai berita berhijab pertama di AS.

Setiap pukul 6 pagi, stesen WHBF-TV menyiarkan ramalan kaji cuaca dan berita terbaharu kepada para penonton di bandar-bandar di Illinois dan Iowa. Tahera Rahman, seorang perempuan berhijab, adalah wajah baharu di hadapan lensa kamera yang menyiarkan maklumat-maklumat itu.

“(Hijab) normal bagi saya kerana saya mengikuti jejak ibu saya,” tuturnya.

Dan langkahnya membawanya ke stesen WHBF-TV dan beliau menjadi wartawan dan penyampai  berita televisyen penuh waktu pertama di AS yang berhijab.

“Seiring bertambahnya usia, saya berusaha untuk lebih dekat dengan asal usul saya. Ada banyak anggota keluarga saya yang tidak memakai penutup kepala, tapi ibu saya memakainya dan beberapa ibu saudara saya juga begitu. Saya diajarkan dalam Islam bahawa hal itu adalah suatu pilihan,” katanya.

Ibu bapa Tahera  berasal dari India dan Pakistan dan beliau dilahirkan di luar Chicago.

Beliau menjelaskan, profesionnya di WHBF-TV tiada kaitannya dengan asal usul atau keyakinannya tetapi majikannya percaya kepada bakat yang dimilikinya.

Pengarah berita di stesen berkenaan, Mike Mickle tidak pernah sekali pun meminta beliau membuka hijabnya.

“Kami sedar dia yang pertama. Tapi meskipun dia yang ke-30, 300 atau 3000 sekalipun tidak ada bezanya. Kami melakukannya kerana Tahera berhak mendapatkan peluang ini,” ujar Mickle.

Debut Tahera telah memberikan kejutan bagi penduduk Muslim setempat yang sedikit namun semakin berkembang itu.

Seorang penduduk, Mohamad El-Zain melihat peluang yang diberikan kepada Tahera itu sebagai momen penting bagi seluruh warga Muslim Amerika.

“Momen ini membuat anak-anak lebih percaya kepada diri sendiri dengan melihat orang lain berhijab di mana-mana, kerana mereka ke sekolah sering merasa was was, jadi bayangkan perempuan itu tampil di depan penonton TV,” tukas El-Zain.

Tampil di depan penonton TV tidak selalu mudah.

“Dalam beberapa hari belakangan saya menerima dua atau tiga email yang mengatakan agama saya adalah agama syaitan dan saya harus memikirkannya,” katanya.

Namun Mickle menekankan komentar-komentar positif lebih banyak dibandingkan dengan yang negatif, dan menambahkan satu-satunya tekanan yang jelas sekarang adalah untuk melayan begitu  banyak permintaan untuk menemubual Tahera.

Tahera berharap perit jerihya terbalas tidak hanya untuk menaikkan kariarnya di stesen televisyen, tetapi juga membuka peluang kepada individu sepertinya untuk bekerja di sektor-sektor lain di seluruh negara. – VOA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *