PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf. […]
Zakat Pulau Pinang salur RM500 bantu peniaga kecil asnaf
BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) paa 19 Mac mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata langkah itu diambil memandangkan golongan itu berdepan […]
Melaka sasar RM120 juta kutipan zakat tahun ini
MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Zakat Melaka menyasarkan kutipan zakat RM120 juta tahun ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Beliau yang juga Pengerusi MAIM berkata sasaran itu dilihat realistik dengan kutipan memberangsangkan lebih RM98.85 juta melebihi sasaran RM95 juta yang dikutip tahun lepas. Katanya kutipan tahun lepas itu juga meningkat lebih 12 […]
Agihan zakat diaudit setiap tahun
SHAH ALAM – Pusat kutipan zakat tertakluk kepada prosedur kewangan yang ketat dalam menguruskan dana awam bagi memastikan pengagihan bayaran zakat benar-benar disalurkan kepada penerima yang layak. Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP (ZPP, MAINPP), Amran Hazali berkata, masyarakat harus memahami bahawa badan itu perlu menjalankan tugas dengan teliti dan terdapat pelbagai kategori permohonan […]
LZNK sasar kutipan zakat RM225 juta tahun ini
ALOR SETAR — Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan kutipan zakat di Kedah, tahun ini mencecah sehingga RM225 juta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata sasaran itu berdasarkan trend kepercayaan orang ramai terhadap institusi itu yang semakin meningkat selepas langkah transformasi pengurusan yang dilakukan sejak tiga tahun lepas. “Saya menjangkakan kutipan zakat tahun ini […]
PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat 2019
KUALA LUMPUR – Umat Islam individu dan syarikat di Wilayah Persekutuan digalakkan mengambil peluang kempen ‘Year End Zakat’ (YEZ 2019) bagi menunaikan zakat harta masing-masing sebelum 31 Dis ini. Kempen anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membolehkan pembayar zakat mendapat rebat cukai pendapatan tahun 2019 di samping berpeluang menerima pelbagai hadiah […]
Agong kurnia sumbangan zakat, biasiswa kepada asnaf di Labuan
LABUAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di sini malam tadi (26 November). Sumbangan itu berbentuk bantuan peralatan persekolahan bagi sesi pembelajaran tahun 2020 dan bantuan am pelajaran institusi pengajian tinggi yang dikurnia Seri […]
Penerima Food Bank Siswa bakal terima zakat
GOMBAK – Pelajar universiti awam (UA) yang kini mendapat manfaat menerusi program Food Bank Siswa, bakal menerima bantuan zakat pada tahun depan. Ia berikutan cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperluaskan bantuan kepada penerima program itu dengan menyalurkan zakat kepada mereka. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata bantuan zakat kepada […]
Kerajaan mahu Program TUBE diperluas kepada asnaf
SINTOK – Kerajaan berharap SME Corporation Malaysia (SME Corp) dapat memperluaskan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kepada para asnaf bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan, sekaligus menambah baik kualiti hidup golongan itu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata langkah itu juga adalah sebagai usaha untuk mentranformasikan golongan […]
Mahasiswa kesempitan boleh mohon bantuan zakat
BANGI – Pelajar universiti yang mengalami kesempitan hidup boleh memohon bantuan zakat bagi mengurangkan beban kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Malah, katanya, ketika ini pun sudah ramai mahasiswa yang menerima bantuan itu. “Mahasiswa boleh memohon (bantuan zakat)… tidak ada masalah. Kita akan melihat keperluan mereka,” katanya kepada media […]