Rakan Belia YADIM terus dapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan
NILAI – Belia masa depan negara! Program memperkasa dakwah di kalangan belia sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Bukan sahaja dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO), malah sudah tentu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga. Pada 11 September, badan dakwah ini terlibat dalam Majlis Pertukaran Kerjasama dalam Karnival Kerjaya Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan […]
YADIM, My Angkasa Amanah Berhad rancang teroka pelbagai bidang kerjasama
PETALING JAYA – Usaha meluaskan jaringan rakan strategik melestari gerakan dakwah di negara ini secara konsisten diadakan sebilang masa oleh YADIM. Ia tidak tertakluk semata mata kepada pihak berkuasa agama atau badan bukan kerajaan Islam. Terbaharu pada 12 September, satu kunjungan telah diadakan kepada pihak My Amanah Angkasa Berhad, sebuah perbadanan berdaftar di bawah Akta […]
MAIM anjur seminar perkukuh kefahaman Islam saudara baharu
KOTA BHARU -Cakna dengan pelbagai bentuk ancaman terhadap akidah saudara baharu di negara ini, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM pada 31 Ogos telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah Sempena Kemerdekaan Negara di sini. Seramai 57 saudara baharu menyertai program anjuran kluster dakwah non muslim dan saudara baru MAIM ini diketuai Dato Haji Kamarudin Abdullah ini. […]
Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral IPG-KPM dan YADIM.
IPOH – Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral (MTKM) Institut Pendidikan Guru (IPG) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM di IPG Hulu Kinta, Ipoh telah berlangsung pada 30 Ogos. Agenda utama sepanjang bengkel tersebut adalah merangka plan pembangunan tiga tahun Rakan Siswa YADIM (RSY) di seluruh IPG merangkumi […]
Pertemuan Pertama Barisan Felo Akademi Daie Muda YADIM
PUTRAJAYA – Pertemuan pertama Felo Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan dakwah ini, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh selaku Pengerusi ADMY pada 23 Ogos. Barisan Felo ADMY dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli M Razali selaku Felo Utama dan barisan felo-felo lain ialah Bro Shah Kirit dan Dr Athiroh […]
Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama PM di Masjid Putra
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob malam ini (21 Ogos) menyertai hampir 10 ribu jemaah di Masjid Putra di sini untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia. Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 8.24 malam, yang kemudiannya diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk […]
28 pelatih ADMY 2022 terima watikah
PUTRAJAYA – Seramai 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) menerima watikah masing masing yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di sini pada 16 Ogos. Para pelatih siri keempat ADMY itu kini secara rasminya bakal memulakan latihan selama empat bulan di Institut […]
Forum Islam dan Masyarakat Malaysia
KUALA LUMPUR – Jalur dakwah YADIM tidak pernah disempitkan dengan bangsa mahupun latar belakang. Terbaharu, YADIM telah dijemput bersama dalam Forum Islam dan Masyarakat Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan pada 30 Julai. Program cukup menarik ini memghimpunkan peserta berbangsa Tionghua yang telah memeluk Islam dan yang bukan beragama Islam. Lebih menarik lagi, badan bukan kerajaan […]
Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.
SEMPENA sambutan awal Muharam, Rakan Belia YADIM Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang telah menganjurkan program Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran. Seramai 190 pelajar hadir dalam program ceramah dan 11 orang pula menyertai acara tilawah pada 29 Julai. Ceramah telah disampaikan oleh Daie Muda YADIM, Ustaz Muhammad Fakhrul Hakimin Mokhtar. Beliau turut […]
Yadim sedia bantu individu keliru mengenai Islam
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia membantu individu yang berhadapan kekeliruan serta mempunyai kemusykilan mengenai ajaran Islam. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, langkah itu juga sebahagian daripada kerja dakwah. “Individu yang berhadapan kekeliruan ini perlu dibantu dan diberikan penjelasan kerana mereka akan berhadapan kesusahan sekiranya menyalurkan perkara itu ke […]