Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia

KUALA LUMPUR – Bertujuan menyantuni penggiat seni dan menjadikan seni sebagai jalan dakwah, YADIM pada 10 April mengadakan majlis Iftar bersama Penggiat Seni Malaysia di Kuala Lumpur Dalam ucapan aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin berkata, badan dakwah ini sedia menjadi jambatan antara kerajaan dan penggiat seni, sekiranya timbul sebarang isu yang […]

Kunjungan Hidayah Centre Foundation ke YADIM

YADIM menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan strategik untuk melestari gerakan dakwahnya. Di Sabah umpamanya, badan dakwah ini bekerjasama erat dengan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk pelbagai tujuan dakwah khususnya menyantuni mualaf. Mengukuhkan lagi kerjasama dan ukhwah itu, HCF hari ini (23 Mac) mengadakan kunjungan ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi meninjau lebih banyak peluang […]

Majlis Madani ditubuhkan untuk terjemah konsep, laksana program sesuai

BANGI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani serta melaksanakan program sesuai dengan gagasan berkenaan. Timbalan Perdana Menteri berkata, majlis itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang antara lain menyelaras program rasmi sesuai dengan konsep kerajaan dan masyarakat Malaysia Madani . Katanya, maklumat lanjut […]

YADIM sertai Kursus Asas Bencana dan Pengendalian Bot

Kenapa hantar ikuti kursus mengendalikan bot ? Itu antara yang menjadi persoalan ramai ketika mula mula timbul cadangan supaya kakitangan badan dakwah ini terlibat dengan kursus berkenaan. Ada yang beranggapan tidak relevan namun sebenarnya YADIM mahu pastikan setiap gerak kerja yang dilaksanakan benar benar memberi impak dan berkesan bagi melestari gerakan dakwah. Justeru bertempat di […]

YADIM, KUIS pererat kerjasama pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Hubungan antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan YADIM sudah terjalin sekian lama. Maka tidak hairan pelbagai program dan kerjasama diadakan bersama yang membawa manfaat kepada keduanya. Hubungan baik itu dieratkan lagi hari ini (7 Mac) dengan kunjungan hormat yang diadakan oleh KUIS ke ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya. Kedatangan […]

YADIM sedia gerak kesedaran penggiat seni sensitif isu akidah

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia menggerakkan pelbagai siri program kesedaran untuk para penggiat seni tempatan agar sensitif isu akidah. Ia susulan kontroversi filem Mentega Terbang yang didakwa sebagai penghinaan kepada Islam dan cuba menghasut pemikiran masyarakat Muslim untuk bebas menjadi murtad. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamri Zainal Abidin, mungkin pihak terbabit tidak menyedari […]

Kuota haji Malaysia mungkin dapat ditambah lagi – Zambry

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membayangkan ada kebarangkalian besar kuota rasmi jemaah haji Malaysia dapat ditingkatkan lagi musim ini. Berita gembira tersebut susulan pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya, Putera Faisal Farhan semalam pada hari kedua lawatan rasmi ke Arab Saudi sebagai menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas keutamaan dan layanan istimewa diberikan […]

Latihan, kesukarelawanan, kebajikan antara cadangan kerjasama YADIM – JPNIN

PUTRAJAYA – YADIM hari ini (9 Februari) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bertujuan mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara dua agensi ini, kunjungan YADIM disambut oleh Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Hajah Norison Ramli dan pegawai pegawai kanannya. Dalam kunjungan ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan […]

Usaha pupuk semangat perpaduan diperhebatkan selaras gagasan Malaysia Madani

KUALA LUMPUR –  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperhebatkan lagi usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata usaha itu selaras dengan konsep Membangunkan Malaysia Madani seperti yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kita di agensi agama termasuk di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) […]

Sumbangan daging segar untuk penduduk Kuala Langat

MORIB – YADIM dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sekali lagi bergandingan menyantuni masyarakat menerusi sumbangan 250 pek daging segar untuk penduduk daerah Kuala Langat. Sumbangan YAPEIM ini diserahkan kepada Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 31 Januari yang diberi kepercayaan mengagihkannya kepada penduduk daerah berkenaan. Ia diserahkan oleh Pengarah YaPEIM Selangor,  Tuan Haji […]